Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Flip baru mungkin dilengkapi skrin luaran lebih besar dan sokongan S Pen

Samsung Galaxy Z Flip merupakan antara telefon lipat yang paling unik pada tahun lepas dan Samsung kini mungkin sedang mengusahakan Z Flip yang baru untuk tahun ini. Menurut beberapa gambar awal yang telah tertiris, Z Flip yang baru akan mempunyai rekaan yang sangat berbeza dengan telefon tahun lepas.

Menurut sumber, Z Flip yang baru akan mempunyai skrin luaran yang lebih besar berbanding varian yang dilancar pada 2020, di mana Z Flip baru mempunyai jalur hitam besar yang menempatkan dua kamera utama serta skrin luaran. Skrin yang lebih besar ini membenarkan pengguna untuk melihat satu mesej penuh tanpa perlu membuka skrin utama.

Telefon lipat ini akan dibina dengan kaca Gorilla Glass Victus, iaitu kaca telefon pintar yang paling tahan lasak buat masa ini, manakala engselnya pula dilengkapi teknologi Armor untuk mengukuhkan mekanisme lipat telefon tersebut.

Z Flip baharu mungkin akan ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu hitam, putih, ungu dan hijau. Selain itu, ia juga dikhabarkan akan menyokong penggunaan stilus S Pen, namun masih tidak pasti jika ia akan disertakan bersama telefon atau perlu dibeli secara berasingan.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SAMMobile

Exit mobile version