Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Flip diumumkan: Telefon pintar lipat ‘clamshell’ bermula ~RM5,700

Di samping mengumumkan Samsung Galaxy S20, Samsung juga mengumumkan telefon pintar lipat Galaxy Z Flip yang berharga USD1,380 (~RM5,700). Ia boleh didapati bermula 14 Februari di Amerika Syarikat.

Daripada segi ciri-ciri, telefon itu dilengkapi paparan lipat berukuran 6.67 inci yang boleh dilipat separuh, lengkap dengan engsel Flex Mode untuk lipatan pada sebarang sudut. Akan tetapi, Samsung tidak memaklumkan spesifikasi penuh buat peranti lipat terbaru ini.

Samsung juga telah bekerjasama dengan pereka terkenal Thom Browne untuk melancarkan Galaxy Z Flip dalam edisi khas yang akan diumumkan dalam sebuah festival fesyen pada masa akan datang.

Walaupun tidak banyak diketahui mengenai harga Malaysia untuk Samsung Galaxy Z Flip, kita tahu bahawa ia akan diumumkan di Malaysia pada 12 Februari.

Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita Galaxy Unpacked dan lain-lain berita teknologi.

Exit mobile version