Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Flip Edisi Thom Browne, Edisi Joker & Harley Quinn yang tampil bergaya

Menjelang acara Samsung Galaxy Unpacked 2020 yang semakin hampir, berita khabar angin mula melimpahi dunia teknologi. Untuk peminat Samsung yang bakal mendapatkan Samsung Galaxy Z Flip, berita ini mungkin dapat membantu anda membuat pilihan kelak.

Terkini, video pengiklanan Galaxy Z Flip telah tular di internet. Apa yang menariknya, video ini memaparkan Galaxy Z Flip dengan reka bentuk khas Thom Browne. Galaxy Z Flip Edisi Thom Browne ini muncul dengan reka bentuk jalur khas yang pastinya orang ramai akan tahu anda memiliki Galaxy Z Flip edisi tersebut walaupun dengan hanya sekilas pandang.

Video tersebut turut memaparkan pakej yang hadir bersama Galaxy Z Flip edisi Thom Browne ini. Versi khas Galaxy Buds+ dan Galaxy Watch Active 2 turut hadir bersama pakej edisi Thom Browne. Bukan itu sahaja, anda akan mendapat tali jam tangan khas tambahan untuk Galaxy Watch Active 2!

Terdahulu, tukang emas Rusia Caviar juga telah mengeluarkan rekaan khas Samsung Galaxy Z Flip Edisi Joker dan Harley Quinn. Anda dapat lihat panel belakang serba mewah yang dilitupi emas 24 karat.

Apa pun, kami tidak mempunyai maklumat rasmi tentang keberadaan Samsung Galaxy Z Flip edisi Thom Browne atau Edisi Joker dan Harley Quinn di Malaysia. Untuk berita pelancaran Samsung Galaxy Z Flip, teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda teruja dengan pelancaran keluarga Samsung terbaru ini? Beritahu kami di laman Facebook sekarang.

Sumber: GIZMOCHINA

Exit mobile version