Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Flip kini boleh didapati di Malaysia, manakala harga Galaxy Buds pula turun RM150

Jika anda sudah menantikan telefon pintar lipat Samsung Galaxy Z Flip sebelum ini, mulai hari ini anda boleh membelinya di pusat jualan dalam talian Samsung Authorised Partners dengan harga RM5,888. Bagi menghormati Perintah Kawalan Pergerakan, semua pesanan akan dihantar terus ke rumah pelanggan agar jarakan sosial boleh dikekalkan.

Ia hadir dalam tiga pilihan warna, iaitu ungu Mirror Purple, emas Mirror Gold dan hitam Mirror Black. Anda boleh membelinya di Best Denki, Courts, Lazada, SenQ, Shopee dan Urban Republic. Sebelum anda membelinya, jangan lupa untuk menonton video Unboxing daripada TechNave untuk melihat kebolehan peranti canggih ini.

Sementara itu, earphone wayarles Samsung Galaxy Buds pula kini dijual dengan harga yang lebih murah iaitu RM349. Sebelum ini, harga asalnya adalah RM499.

Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk mendapatkan Galaxy Z Flip atau Galaxy Buds dalam masa terdekat ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version