Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Flip2 muncul di pensijilan Safety Korea dengan dua saiz bateri berbeza

Pada tahun ini, Samsung dikhabarkan akan melancarkan dua peranti lipat yang bakal menggantikan Galaxy Z Fold2 dan Galaxy Z Flip. Terbaru, Samsung Galaxy Z Flip2 telah dikesan di beberapa pensijilan termasuklah Safety Korea, 3C dan agensi DEKRA.

Penyenaraian peranti lipat ini di Safety Korea menunjukkan bahawa ia akan menggunakan dua bateri yang hadir dengan nombor model EB-BF711ABY (2,370mAh) dan EB-BF712ABY (930mAh). Jumlah kapasiti bateri ini akan menjadi 3,300mAh iaitu bateri yang sama besar dengan generasi pertama Galaxy Z Flip dan Z Flip 5G.

Berdasarkan informasi ini, Samsung akan meletakkan bateri yang besar pada bahagian bawah, manakala bateri yang kecil pada bahagian atas peranti ini. Galaxy Z Flip2 hadir dengan nombor model SM-F711 dan dikatakan akan menggunakan skrin AMOLED 120Hz dengan bezel yang nipis. Ia juga dikatakan mungkin akan hadir dengan pembesar suara stereo dan storan setinggi 256GB.

Nantikan berita lanjut mengenai telefon lipat Samsung ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version