Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Flip3 5G dilancar: Telefon skrin lipat Dynamic AMOLED 2X 6.7″ bermula ~RM4,240

Selain Galaxy Z Fold3 5G, Samsung turut melancarkan sebuah lagi telefon pintar lipat yang lebih kecil iaitu Samsung Galaxy Z Flip3 5G. Telefon ini mempunyai mekanisme lipatan clamshell dengan skrin lipat Dynamic AMOLED 2X Infinity Flex Display berukuran 6.7 inci yang mempunyai resolusi Full HD+ (2640×1080).

Ia turut mempunyai skrin luaran yang lebih kecil iaitu skrin Super AMOLED berukuran 1.9 inci dengan resolusi 512×260. Walaupun kecil, skrin luaran ini adalah empat kali ganda lebih besar berbanding skrin luaran pada Galaxy Z Flip yang pertama.

Apabila dilipat, telefon ini mempunyai saiz yang sangat kompak dan mudah diletakkan dalam poket atau beg. Ia juga ditawarkan dalam empat pilihan warna menarik iaitu kuning Cream, hitam Phantom Black, ungu Lavender dan hijau. Samsung turut menawarkan warna eksklusif untuk pelanggan Samsung.com iaitu putih, merah jambu dan kelabu.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Samsung Galaxy Z Flip3 5G:

Galaxy Z Flip3 5G akan dijual pada harga bermula USD999 (~RM4,240) dan setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version