Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Flip4 dan Galaxy Z Fold4 dapat pensijilan NBTC, mungkin dilancar pada 10 Ogos ini

Samsung Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4 memperoleh pensijilan FCC (Federal Communications Commission) pada beberapa hari lalu. Kini, kedua-dua telefon pintar itu telah diperakui oleh NBTC (National Broadcasting and Telecommunication) untuk dilancarkan di Thailand.

Galaxy Z Fold4 yang diperakui oleh NBTC mempunyai kod model SM-F936B/DS, manakala Galaxy Z Flip4 sebagai SM-F721B. Walaupun pihak NBTC tidak mendedahkan spesifikasi peranti ini, khabar angin mendakwa Flip4 akan hadir dengan cipset Snapdragon 8+ Gen 1, RAM 8GB serta pilihan storan 128GB dan 256GB.

Flip4 mungkin menggunakan paparan AMOLED 6.7 inci FullHD+ dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Ia menampilkan lubang tebuk (punch hole) di tengah untuk kamera swafoto 10MP. Paparan AMOLED di bahagian luar pula berukuran lebih besar daripada Samsung Galaxy Z Flip3 (2.1″ vs. 1.9″) membawa kamera utama 12MP dan ultra lebar 12MP.

Galaxy Z Flip4 dijangka dilengkapi dengan bateri 3,700mAh dengan sokongan pengecasan wayarles 25W dan 10W seperti model sebelum ini. Flip4 juga akan mendapat edisi Bespoke yang akan mempunyai lebih banyak kombinasi warna.

Galaxy Z Fold4 pula dikhabarkan akan hadir dengan Snapdragon 8+ Gen 1, RAM 12GB dan storan sehingga 1TB. Ia dikatakan lebih ringan berbanding model sebelum ini sambil membawa kapasiti bateri 4,400mAh, paparan boleh lipat dan penutup masing-masing berukuran 7.6″ dan 6.2″ menyerong.

Samsung Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4 dikhabarkan akan dilancarkan pada 10 Ogos ini tetapi  maklumat ini masih belum dsahkan oleh pihak Samsung. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version