Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Flip4 kini berharga RM3,999 untuk masa yang terhad

Hari ini, Samsung Malaysia secara mengejut mengumumkan promosi baharu untuk Galaxy Z Flip4. Pada mulanya, peranti ini berharga RM4,099 dan kini ia berharga RM3,999 untuk model 8/256GB. Potongan harga sebanyak RM1,000 adalah untuk masa yang terhad.

Tambahan, menurut Samsung Malaysia, pelanggan yang berminat boleh menikmati rebat segera RM400 serta rebat tukar beli RM600 apabila membeli Galaxy Z Flip4. Seperti yang dinyatakan, tawaran itu sah untuk masa yang terhad tetapi ia tidak menyatakan bila masanya akan berakhir.

Selain itu, harga model Edisi Bespoke dan varian 8/512GB masing-masing kekal sama pada harga RM4,199 dan RM4,499. Sebaliknya, tempahan OPPO Find N2 Flip baru sahaja diumumkan beberapa hari lalu dan satu-satunya model 8/256GB turut dijual pada harga RM3,999. Mungkin ini adalah adalah salah satu strategi persaingan untuk Samsung.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version