Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Flip7 dijangka tampil lebih nipis dengan paparan lebih besar

Samsung Galaxy Z Flip7 nampaknya bakal membawa lebih banyak kejutan daripada jangkaan awal, apabila satu video hands-on yang bocor baru-baru ini menunjukkan dengan jelas beberapa peningkatan menarik. Ini termasuk paparan luar yang lebih besar dan rekaan badan yang lebih nipis.

Video tersebut yang dimuat naik di Twitter/X hujung minggu lalu sebelum dipadam, memperlihatkan model berwarna hitam daripada pelbagai sudut. Bahagian sisi peranti jelas menunjukkan bahawa Galaxy Z Flip 7 lebih nipis berbanding model terdahulu yang merupakan satu perubahan yang telah lama dinantikan oleh peminat. Apabila peranti dibuka, lipatan pada skrin utama hampir tidak kelihatan, memberikan bayangan bahawa ini mungkin unit baharu dalam kotak.

Paparan luar yang lebih besar kini turut menyokong panel widget baharu dengan empat widget ditampilkan serentak. Walaupun tangkapan skrin yang dikongsi oleh sumber tidak menunjukkan lebih banyak fungsi, ia sudah cukup memberi gambaran positif tentang potensi penggunaan paparan luar ini.

Berdasarkan maklumat semasa, Galaxy Z Flip 7 dijangka menjadi model Flip paling nipis setakat ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SamMobile

Exit mobile version