Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Fold 2 diacah dalam video Galaxy Unpacked

Samsung telah memuat naik sebuah video pendek untuk acara Galaxy Unpacked yang akan dilancarkan pada 5 Ogos ini, di mana video tersebut memaparkan imej seperti Galaxy Z Fold 2.

Dalam video itu, titisan cecair bewarna gangsa bertukar kepada sebuah bentuk rama-rama. Memandangkan gambar skrin (wallpaper) dalam Galaxy Fold adalah seekor rama-rama, media mengandaikan bahawa ini adalah bayangan untuk Galaxy Fold 2.

Berdasarkan maklumat sebelum ini, Galaxy Fold 2 dijangkakan akan dilengkapi skrin AMOLED 7.59 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi 2213×1689, skrin luaran 6.23 inci, Snapdragon 865 Plus, RAM 12GB, storan 512GB, bateri 4,365mAh dan tiga kamera.

Telefon ini akan dijangka akan dilancar bersama siri Galaxy Note20. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung Mobile Twitter, Gizchina

Exit mobile version