Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Fold 3 5G dan Galaxy Watch 4 Series habis dijual di Malaysia

Samsung Malaysia telah mengumumkan bahawa siri Samsung Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Watch4 telah habis dijual.  Atas permintaan ramai, mereka yang terlepas tidak perlu risau kerana anda masih boleh mendaftar pra-pesanan di sini dari 8 hingga 21 September 2021.

Tawaran pra-pesanan termasuk e-baucar RM850 dan Samsung Care+ yang berharga RM799. Samsung akan menghubungi mereka yang mendaftar setelah Galaxy Z Fold3 5G sudah sedia untuk penghantaran.

Bagi siri Galaxy Watch4, produk itu sepatutnya boleh dituntut sebagai baucar sekiranya anda mendapat Galaxy Z Fold3 atau Galaxy Z Flip3. Samsung Malaysia turut mengulas bahawa baucar masih boleh digunakan untuk produk lain. Anda boleh mengetahui lebih lanjut di halaman pra-pesanan di sini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti Galaxy terkini, ikuti kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysiauntuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version