Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Fold2 diumum di Malaysia: Skrin lipat Dynamic AMOLED 7.6″, 5 kamera berharga RM7,999

Setelah mengumumkan kehadiran siri Samsung Galaxy Note20, Samsung Malaysia kini mengumumkan kehadiran telefon boleh lipat premium generasi kedua, Samsung Galaxy Z Fold2 di pasaran Malaysia. Apa yang menariknya, tawaran harga untuk Galaxy Z Fold2 adalah lebih rendah berbanding penawaran harga pengenalan terdahulu untuk model sebelumnya.

Samsung Galaxy Z Fold2 menawarkan pelbagai spesifikasi yang telah dinaik taraf seperti skrin lipatnya yang lebih besar iaitu skrin Dynamic AMOLED 2X berukuran 7.6 inci, manakala skrin kedua yang berada di hadapan pula adalah skrin Super AMOLED berukuran 6.2 inci. Anda boleh membaca spesifikasi asas di bawah.

Melalui maklumat pra-tempahannya, Samsung Galaxy Z Fold2 ditawarkan di Malaysia dengan harga RM7,999. Tempoh pra-tempahnya bermula pada 11 September hingga 24 September 2020. Anda layak mendapat dua hadiah percuma melalui pembelian ini; Galaxy Buds Live (RM699) dan Montblanc Card Holder (RM655). Ikuti pautan ini untuk pra-tempah.

Adakah anda akan menyambar peranti lipat premium ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version