Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Fold2 diumumkan: Skrin Infinity-O 7.6 inci dan kualiti skrin lebih baik

Melalui acara pelancaran besar-besaran Samsung Galaxy Unpacked 2020, Samsung Galaxy Z Fold2 merupakan antara salah satu peranti premium yang dinantikan kemunculannya. Galaxy Z Fold2 kini dilancarkan sebagai peranti boleh lipat yang lebih berprestasi berbanding model sebelumnya.

Perbezaan model kali ini berbanding model dahulu adalah pengoptimuman skrin kaca yang boleh dilipat, engsel yang lebih baik dengan rekaan skrin berlubang dan ukuran skrin tambahan yang lebih besar. Apabila dilipat, skrinnya berukuran 6.2 inci, manakala apabila tidak dilipat dan dibuka sepenuhnya, ia berukuran 7.6 inci.

Lapisan kaca yang boleh dilipat
Engsel yang dinaik taraf untuk membolehkan peranti berada pada pelbagai kedudukan
Sensor cap jari di sisi

Menurut Samsung, maklumat lanjut mengenai spesifikasi dan harga Samsung Galaxy Z Fold2 bakal dikongsikan pada 1 September 2020 ini.

Untuk itu, adakah anda berminat dnegan peranti boleh lipat yang telah dinaik taraf ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version