Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Fold2 edisi Aston Martin dilancar, hanya 777 unit tersedia, berharga ~RM13,040

Semalam, Samsung telah melancarkan edisi khas untuk telefon lipat terbaru mereka, Galaxy Z Fold2 Aston Martin. Samsung menyatakan bahawa mereka akan hanya menjual peranti ini sebanyak 777 unit sahaja pada harga CNY 20,999 (~RM13,040). Ini adalah edisi khas yang kedua buat peranti ini selepas edisi Thom Browne yang diperkenalkan sewaktu pelancaran Galaxy Z Fold2 di China bulan September yang lalu.

Berbeza dengan kebanyakan peranti edisi khas yang lain, Galaxy Z Fold2 edisi Aston martin ini tidak mempunyai tema yang tersendiri. Telefon lipatnya adalah sama seperti versi yang biasa, cuma pada versi khas ini, terdapat barang-barang aksesori Aston Martin disertakan sekali.

Mengikut Samsung, ini adalah barang-barang yang disertakan di dalam pakej edisi khas Aston Martin.

Adakah anda berminat dengan edisi khas Galaxy Z Fold2 ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi utama.

Exit mobile version