Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Fold3 5G di Malaysia habis stok, namun promosi pra-tempahan masih berjalan

Sejak Samsung membuka pra-tempahan untuk telefon lipat Samsung Galaxy Z Fold3 5G pada 19 Ogos lalu, telefon tersebut menerima sambutan yang sangat menggalakkan sehingga Samsung Malaysia mengatakan telefon tersebut telah kehabisan stok untuk pasaran tempatan.

Sungguh pun begitu, promosi pra-tempahan untuk Galaxy Z Fold3 5G masih berlangsung seperti yang dirancang iaitu sehingga 21 September 2021. Walau bagaimanapun, buat pelanggan yang membuat pra tempahan bermula hari ini, mereka hanya akan menerima telefon mereka bermula 30 Oktober dan ke atas.

Galaxy Z Fold3 5G dijual pada harga RM6,699 untuk varian 256GB dan RM7,099 untuk varian 512GB. Setiap pra-tempahan untuk Fold3 akan menerima perlindungan Samsung Care+ dan baucar Samsung Malaysia Online Store sehingga RM850.

Khas untuk para pembaca TechNave, jika anda membeli telefon ini di laman web Samsung, anda boleh gunakan kod promosi TNZF3VIP untuk dapatkan Samsung SmartTag Twin Pack (bernilai RM209) secara percuma. Promosi ini hanya terhad untuk 200 pelanggan pertama sahaja, jadi usah bertangguh!

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version