Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Fold3 5G dilancar: Telefon lipat Dynamic AMOLED 120Hz 7.6″ berharga ~RM7,630

Samsung hari ini telah melancarkan telefon lipat andalan terbaru iaitu Samsung Galaxy Z Fold3 5G yang dilengkapi skrin lipat Dynamic AMOLED 2X berukuran 7.6 inci dengan resolusi 2208×1768, ketumpatan piksel 374 ppi (piksel per inci) dan sokongan stilus S Pen. Pengguna boleh mendapatkan sarung luaran yang menempatkan stilus tersebut agar ia tidak mudah hilang.

Selain itu, ia juga mempunyai skrin luaran Dynamic AMOLED 2X berukuran 6.2 inci dengan resolusi 2268×832 dan ketumpatan piksel 387 ppi. Kedua-dua skrin lipat utama dan skrin luaran mempunyai kadar segar semula 120Hz untuk penggunaan yang lebih lancar.

Telefon ini juga mempunyai kamera swafoto yang menarik, di mana ia diletakkan di bawah skrin utama dan tidak mengganggu paparan dengan takuk (notch) atau lubang punch-hole. Ini membuatkan skrin utama Fold3 nampak sangat kemas dan sebarang video boleh ditonton tanpa gangguan.

Ia juga mempunyai rating kalis air IPX8, menjadikannya telefon pintar lipat pertama yang mempunyai ketahanan air dan debu. Bagi memudahkan pengguna dwi-skrin serentak, Samsung telah bekerjasama dengan pelbagai pembina aplikasi untuk membenarkan penggunaan multi-tugas (multitasking) dalam banyak aplikasi.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Samsung Galaxy Z Fold3:

Galaxy Z Fold3 akan dijual pada harga USD1799 (~RM7,630) dan setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon lipat ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version