Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Fold3 muncul di pensijilan 3C dengan pengecas 25W!

Terkini, butiran baru mengenai telefon lipat andalan Samsung Galaxy Z Fold3 telah muncul dalam talian. Kali ini, peranti lipat ini telah dikesan di pensijilan 3C dengan pengecas 25W.

Berdasarkan penyenaraian 3C, pengecas 25W ini dilihat hadir dengan nombor model EP-TA800 dan ia adalah pengecas yang sama digunakan oleh Galaxy Z Fold2. Walaupun peranti lipat baru Samsung ini hadir dengan pengecas 25W, ia tidak bermakna ia menyokong sehingga 25W sahaja. Ia mungkin akan menyokong pengecasan yang lebih pantas.

Sebelum ini, Galaxy Z Fold3 telah dikesan di dalam talian dengan bateri 4,275 mAh (2,215mAh +2060mAh), yang mungkin dipasarkan dengan bateri 4,400mAh.

Untuk spesifikasi lain, Samsung Galaxy Z Fold3 dikhabarkan akan dikuasai oleh cipset Snapdragon 888. Selain itu, peranti ini dijangka akan hadir dengan saiz skrin yang berbeza, ciri kalis air, sokongan S Pen dan generasi baru kaca Ultra Thin Glass (UTG).

Mengikut sumber lalu, peranti lipat generasi baru ini mungkin dijual pada tanda harga yang hampir sama seperti Galaxy Z Fold2.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version