Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Fold3 mungkin dijual sekitar harga Z Fold2, dilancar lebih awal

Samsung Galaxy Z Fold2 telah dilancarkan pada bulan Ogos yang lalu dan kini ia mendominasi pasaran telefon pintar lipat dengan teknologi istimewa yang ditawarkan. Terbaru, informasi mengenai generasi Z Fold yang baru, Z Fold3 sudah muncul di dalam talian dan ianya dijangka akan dilancarkan lebih awal iaitu sekitar bulan Jun 2021.

Sumber menyatakan bahawa Galaxy Z Fold3 ini akan ditawarkan pada harga yang sama seperti harga Galaxy Z Fold2. Generasi baru ini akan hadir dengan sedikit penambahbaikan dan dijual pada harga sekitar $2,000 (RM8,161).

Walau bagaimanapun, ianya masih awal untuk diambil kira. Samsung dijangkakan tidak akan menurunkan harga peranti lipat mereka kerana mereka kini tidak bersaing dengan jenama lain untuk jenis telefon pintar ini.

Galaxy Z Fold2

Untuk spesifikasi pula, Galaxy Z Fold3 dijangka akan hadir dengan kamera bawah skrin, kaca Ultra Thin Glass (UTG) yang lebih baik serta menyokong penggunaan S-Pen.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version