Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Fold3 mungkin dilancar bulan Mei ini, dilengkapi Snapdragon 888 dan kamera dalam skrin

Seperti yang kita tahu, Samsung telah menjadi jenama utama dalam pembinaan telefon pintar lipat beberapa tahun kebelakangan ini. Samsung telah pun melancarkan dua siri telefon lipat mereka iaitu Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip.

Samsung Galaxy Z Fold2 telah memasuki pasaran pada bulan Ogos yang lalu dan kini sumber terbaru menunjukkan petanda kehadiran generasi baru peranti ini. Sumber dari media Korea Selatan memberitahu bahawa Samsung mungkin akan melancarkan generasi baru produk mereka pada bulan Mei ini.

Galaxy Z Fold3 dilihat akan hadir dengan reka bentuk yang hampir sama dengan Z Fold2 sebelum ini. Untuk kamera belakang pula, peranti ini akan menyerupai kamera dari siri Galaxy S21. Selain dari itu, nisbah skrin dalaman dan luaran peranti ini juga dikhabarkan akan meningkat.

Imej janaan komputer Galaxy Z Fold3

Galaxy Z Fold3 dikatakan akan menggunakan teknologi kamera hadapan bawah skrin sama seperti peranti ZTE Axon 20 5G. Peranti ini juga bakal hadir dengan stilus S Pen serta skrin UTG generasi baru.

Tambahan lagi, Galaxy Z Fold3 akan dilengkapi cipset Snapdragon 888 dan akan menyokong skrin beresolusi QXGA (2048 x 1536) serta kadar segar semula 120Hz.

Adakah anda berminat dengan peranti lipat generasi baru dari Samsung ini? Berikan komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version