Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Fold4 dalam pensijilan FCC, dedahkan ciri Smart Transit dan sokongan rangkaian

Nampaknya, Samsung Galaxy Z Fold4 telah mendapat pensijilan FCC (The Federal Communications Commission) di Amerika Syarikat (AS). Ia membawa nama model SM-F936U dan dilengkapi dengan ciri Smart Transit Qualcomm untuk uplink yang dipertingkatkan.

Galaxy Z Fold4 akan menyokong semua jenis sambungan daripada 2G yang sehingga ke mmWave 5G. Wi-Fi akan dikemas kini dengan sokongan ax dan berkemungkinan juga Fold4 akan menyokong S Pen seperti model sebelum ini.

Menurut laporan, Samsung Galaxy Z Fold4 dijangka akan dilancarkan pada 10 Ogos 2022 bersama Galaxy Z Flip4. Ia akan dikuasakan oleh Snapdragon 8+ Gen 1 dengan RAM 12GB, mungkin storan sehingga 1TB dan bateri 4,400mAh.

Selain itu, khabar angin berpendapat ia akan membawa lipatan yang kurang jelas, mungkin badan lebih lebar dan pendek serta kamera yang lebih baik. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: FCC

Exit mobile version