Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Fold4 mungkin akan dilengkapi kamera zum terbaik dalam telefon Samsung

Beberapa maklumat awal tentang telefon pintar lipat Samsung Galaxy Z Fold4 telah pun tertiris, di mana ia mungkin menampilkan reka bentuk yang lebih kecil berbanding Galaxy Z Flip3. Kini, spesifikasi kamera untuk telefon lipat itu pula telah dikongsi oleh pemberi maklumat teknologi Ice Universe.

Menurutnya, kamera Galaxy Z Fold4 terdiri daripada tiga iaitu kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 12MP dan kamera telefoto 12MP dengan zum optikal 3x. Beliau mengatakan kamera zum dalam telefon lipat ini bakal menjadi kamera zum terbaik dalam telefon Samsung setakat ini.

Jika maklumat ini benar, Samsung mungkin akan memperkenalkan semula fungsi Space Zoom dalam Galaxy Z Fold4. Sebelum ini, fungsi Space Zoom yang boleh zum digital sehingga 100x telah diperkenalkan dalam Galaxy S20 Ultra dan Galaxy S21 Ultra, namun telah dikeluarkan daripada Galaxy S22 Ultra.

Untuk kamera utama dan kamera ultra-lebar pula, ia mungkin akan dilengkapi sensor sama yang terdapat pada siri Samsung Galaxy S22. Spesifikasi lain yang dikhabarkan untuk telefon ini termasuklah skrin utama 7.6 inci, skrin luaran 6.2 inci, cipset Snapdragon 8 Gen 1+, bateri 4,400mAh dan pengecasan pantas 25W.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon lipat ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version