Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Fold4 mungkin bawa storan sehingga 1TB bermula ~RM8,780

Khabar angin mengenai Samsung Galaxy Z Fold4 semakin menular. Kini, telefon pintar boleh lipat tersebut dikatakan akan mempunyai versi dengan storan sebesar 1TB.

Ini adalah dua kali ganda lebih besar berbanding storan pada Samsung Galaxy Z Fold3. Harga untuk Z Fold4 masih tidak jelas tetapi sebagai rujukan model 512GB Fold3 yang dilancarkan sebelum ini adalah RM6,699. Jika 512GB Fold4 kekal pada harga yang sama semasa pelancaran, maka jangkaan model 1TB sekurang-kurangnya bermula $1,999 (~RM8,780).

Dengan peningkatan jumlah storan, sudah pasti akan terdapat beberapa peningkatan lain pada Fold4. Namun, setakat ini kami hanya mendapat khabar angin yang masih tidak disahkan sepenuhnya oleh pihak Samsung.

Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan bahawa Fold4 mungkin lebih pendek dan lebar berbanding Fold3 dan dikuasakan oleh Snapdragon 8+ Gen 1. Peranti juga didakwa akan membawa bateri berkapasiti 4,400 mAh.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version