Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Fold4 mungkin lebih pendek dan lebar daripada Galaxy Z Fold3

Samsung Galaxy Z Fold4 pasti akan hadir dengan beberapa peningkatan termasuk warna dan kamera. Kini, terdapat maklumat mengatakan ia akan hadir dengan reka bentuk yang lebih pendek dan lebar berbanding model sebelum ini. Ice Universe telah menunjukkan imej peranti melalui akaun Twitter beliau. 

Sumber menyatakan paparan Galaxy Z Fold4 membawa nisbah aspek 23:9 manakala Samsung Galaxy Z Fold3 sebelum ini mempunyai nisbah aspek paparan 25:9. Perubahan ini mungkin kerana engsel yang digunakan adalah lebih kecil pada Z Fold4 untuk ruang skrin yang lebih luas. Reka bentuk keseluruhan peranti sepatutnya masih sama dengan Z Fold3.

Peranti boleh lipat yang seterusnya mungkin dilancarkan pada bulan Ogos. Walaupun reka bentuk masih sama, ia mungkin memberi tarikan dengan kesan lipatan yang tidak kelihatan. Prestasi peranti sepatutnya mendapat beberapa peningkatan juga dengan cipset andalan terkini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version