Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Fold5 dilancar di Malaysia: Telefon lipat dengan skrin 7.6″ dan 6.2″, SD 8 Gen 2 bermula RM6,799

Pada hari ini, Samsung Malaysia melancarkan telefon lipat andalannya (flagship) yang terbaru iaitu Samsung Galaxy Z Fold5. Secara luaran, telefon ini mempunyai rekaan yang serupa dengan Samsung Galaxy Z Fold4 pada tahun lepas, namun ia masih mempunyai beberapa pembaharuan daripada segi antara muka (UI).

Pembaharuan yang paling ketara adalah skrin Galaxy Z Fold5 boleh dilipat penuh tanpa meninggalkan sebarang ruang (gap) pada garis lipatannya, lantas membuatkan telefon ini lebih nipis berbanding Fold4. Selain itu, Samsung juga mengatakan Galaxy Z Fold5 mempunyai berat 253g, lebih ringan sedikit berbanding Fold4 (263g).

Lipatan rapat pada Samsung Galaxy Z Fold5

Tarikan utama telefon ini pastinya adalah pada skrin lipatnya yang berukuran 7.6 inci apabila dibuka sepenuhnya dengan resolusi QXGA+ (2176×1812), nisbah aspek 21.6:18 dan kadar segar semula adaptif 120Hz. Di hadapan, ia mempunyai skrin luaran berukuran 6.2 inci dengan resolusi HD+ (2316×904), nisbah aspek 23.1:9 dan kadar segar semula adaptif 120Hz.

Kedua-dua skrin mempunyai ciri-ciri yang sama dengan Fold4 dan menggunakan panel Dynamic AMOLED 2X Display yang menjanjikan penghasilan warna cantik. Pada skrin utama, ia mempunyai kamera swafoto punch-hole yang disembunyikan bagi memberi penampilan yang lebih kemas.

Skrinnya dibuat dengan kaca Corning Gorilla Glass Victus 2 yang menjanjikan ketahanan lebih tinggi berbanding Victus+ pada Fold4 sebelum ini. Engselnya pula dibuat dengan Armor Aluminium dengan rating kalis air IPX8, bermaksud ia boleh ditenggelamkan sehingga 1.5 meter selama 30 minit.

Sebagai telefon andalan Android yang dilancar pada 2023, pastinya ia dilengkapi cipset tercanggih iaitu Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy. Untuk memori, storannya ditawarkan dalam pilihan 256GB, 512GB atau 1TB, namun semuanya mempunyai RAM yang sama iaitu 12GB.

Kamera Galaxy Z Fold5 dikekalkan daripada Fold4, iaitu kamera utama 12MP, kamera ultra-lebar 12MP dan kamera telefoto 10MP, manakala kamera swafoto pula terdapat dua iaitu 4MP untuk skrin utama dan 10MP untuk skrin luaran. Kapasiti bateri dan kadar pengecasan juga turut dikekalkan daripada Fold4.

Sistem antara mukanya kini mempunyai lebih banyak penggunaan dalam mod skrin lipatan separuh Flex Mode, di mana lebih banyak aplikasi akan menerima manfaat dengan skrin yang dilipat separuh.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Samsung Galaxy Z Fold5:

Khas untuk para pembaca TechNave, anda boleh dapatkan diskaun sehingga RM400 apabila anda membeli Galaxy Z Fold5 daripada laman web Samsung Malaysia. Anda hanya perlu masukkan kod TNCGALAXY apabila anda ingin membuat pembayaran, kemudian anda akan menerima diskaun tersebut serta-merta. Ia hanya terhad kepada 150 pelanggan awal sahaja, jadi jangan bertangguh lagi jika anda inginkan diskaun menarik ini!

Pra-tempahan akan dibuka bermula hari ini sehingga 17 Ogos 2023. Pelanggan yang membuat pra-tempahan akan menerima e-baucar bernilai sehingga RM600 dan storan lebih besar sebanyak dua kali ganda. Anda juga boleh mendapat penjimatan yang lebih banyak jika anda membeli lebih banyak produk Samsung, atau dapatkan diskaun sehingga RM600 jika anda menukar (trade-in) telefon lama anda dengan Galaxy Z Fold5.

Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai peranti lipat ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version