Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Fold6 dilancar di Malaysia: SD 8 Gen 3 dan storan 1TB bermula RM7,299

Pada jam 9 malam hari ini, Samsung melancarkan Galaxy Z Fold6 di Malaysia melalui acara Galaxy Unpacked. Telefon pintar lipat terbaru ini mengekalkan reka bentuk yang serupa dengan model terdahulu tetapi dengan beberapa peningkatan ketara.

Galaxy Z Fold6 hadir dengan dimensi yang sedikit berbeza di mana kini ia lebih lebar sebanyak 2.7mm menjadikan lebarnya 132.6mm dengan ketinggiannya 153.5mm. Beratnya 239g memberikan keseimbangan yang baik antara ketahanan dan kebolehgunaan. Terdapat dalam tiga pilihan warna yang menarik iaitu Silver Shadow, Navy Blue dan Pink.

Telefon pintar ini dilengkapi dengan storan sebesar 1TB dan RAM 12GB bagi memastikan prestasi yang lancar dan ruang yang mencukupi untuk menyimpan pelbagai aplikasi dan fail. Dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy, Galaxy Z Fold6 menawarkan kelajuan dan kecekapan yang dipertingkatkan. Selain itu, ia juga mempunyai ruang penyejukan yang 1.6 kali lebih besar, membantu mengurangkan suhu ketika digunakan secara intensif.

Samsung Galaxy Z Fold6 dilengkapi dengan pelbagai ciri pintar yang direka untuk meningkatkan produktiviti dan kemudahan pengguna:

Dengan pelancaran ini, Samsung terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran telefon pintar lipat dengan menawarkan teknologi canggih dan ciri-ciri yang memudahkan kehidupan seharian. Berikut adalah spesifikasi ringkas Samsung Galaxy Z Fold6:

Mulai hari ini, 10 Julai 2024, Samsung Galaxy Z Fold6, Galaxy Z Flip6 dan Galaxy Buds3 boleh di pra-tempah dengan ketersediaan umum bermula pada 24 Julai 2024. Semasa tempoh pra-tempah, Samsung Care+ akan disertakan secara percuma selama satu tahun yang menawarkan perlindungan sijil terhadap kerosakan tidak sengaja.

Anda boleh tukar peranti semasa anda dan nikmati potongan tambahan RM500 serta tebus ganjaran pra-daftar anda dengan e-baucar sehingga RM500. Selain itu, nikmati diskaun 20% untuk Galaxy Watch Ultra apabila membeli Samsung Galaxy Z Fold6 atau Z Flip6. Varian Galaxy Z Fold6 12GB+256GB berharga RM7,299 manakala varian 12GB+512GB membawa harga RM7,899 dan varian tertinggi 12GB+1TB berharga RM9,099.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk ini, lawati Samsung Newsroom, Samsungmobilepress.com,  atau Samsung.com.  Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version