Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Fold6 mungkin hadir dengan kesan lipatan halus dan rekaan kamera baharu

Penganalisi terkenal, Ice Universe telah mendedahkan beberapa butiran mengenai Samsung Galaxy Z Fold6 yang akan datang termasuk lipatan yang kurang kelihatan pada paparan dalaman dan pulau kamera yang direka bentuk semula.

Peningkatan ini mungkin disebabkan oleh lapisan UTG (Ultra Thin Glass) yang lebih tebal yang meningkat daripada 30µm kepada 50µm untuk membantu mengurangkan kesan lipatan. Walaupun reka bentuk engsel kekal tidak berubah daripada tahun sebelumnya, reka bentuk semula dijangka untuk Z Flip7.

Selain itu, Galaxy Z Fold6 dijangka lebih nipis dan ringan yang berpotensi menjejaskan kebolehlaksanaan reka bentuk semula engsel. Kemas kini kamera termasuk cincin baharu dengan tekstur beralur di sekeliling salah satu lensa, berbeza dengan cincin logam kecil yang dilihat pada Z Fold5.

Ini menunjukkan bahawa walaupun Z Fold6 mungkin berkongsi kamera yang serupa dengan Z Fold5 tetapi mungkin tampilkan peningkatan kamera yang ketara seperti sensor 200MP ISOCELL HP2 yang digunakan dalam S23 Ultra dan S24 Ultra.

Samsung Galaxy Z Fold6 bersama-sama dengan Z Flip6 dan alat baharu yang lain dijangka akan diperkenalkan pada awal Julai. Kemas kini ini mencerminkan usaha berterusan Samsung untuk memperhalusi teknologi telefon boleh lipat mereka untuk menawarkan peningkatan dalam kualiti paparan, ketebalan peranti dan kefungsian kamera.

Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter 1/ 2

Exit mobile version