Site icon TechNave BM

Samsung Gaming Hub bakal tiba pada telefon pintar Galaxy tidak lama lagi

Samsung sudahpun mempunyai aplikasi Gaming Hub untuk televisyen, tetapi syarikat itu mengumumkan bahawa mereka berhasrat untuk mengembangkan platform ini ke telefon pintar mereka di Game Developers Conference.

Samsung mengesahkan bahawa Gaming Hub akan disediakan untuk telefon pintar Samsung Galaxy yang merupakan satu perkara baru kerana ia hanya tersedia kepada beberapa televisyen pintar terpilih. Samsung juga mendedahkan konsol gaming yang direka khas untuk Samsung Gaming Hub di Consumer Technology Association (CES) 2024, menunjukkan kesungguhan syarikat dalam melabur tenaga kerja dan sumber dalam platform.

Daripada segi ciri baharu, Samsung mengesahkan bahawa “Gaming Hub untuk Telefon Pintar” akan mempunyai sesuatu yang dipanggil “Instant Plays“. Pada dasarnya, ciri-ciri ini membolehkan pengguna bermain game tanpa perlu memasangnya. Naib Presiden Samsung dan ketua perkhidmatan permainan, Jong Woo berkata bahawa ini akan membantu pemain mudah alih menemui game baharu.

Seperti yang anda tahi, ini mungkin bermaksud game tersebut disimpan di pihak pelayan, jadi anda memerlukan sambungan Internet yang pantas pada telefon Galaxy anda untuk menikmatinya sepenuhnya. Platform game awan seperti ini sangat sesuai bagi pengguna yang ingin mengakses tajuk-tajuk yang biasanya hanya tersedia di PC atau konsol.

Perlu diambil perhatian juga bahawa Gaming Hub untuk telefon pintar hanya tersedia di beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan Kanada. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung Newsroom

Exit mobile version