Site icon TechNave BM

Samsung ikut LG, patenkan skrin boleh gulung

Jika awal bulan ini, LG mempatenkan skrin lipat dan gulung, kini Samsung juga mempatenkan skrin jenis gulung untuk digunakan oleh peranti mereka pada masa hadapan. Sebelum ini, Samsung telah melancarkan telefon pintar lipat pertama mereka, Samsung Galaxy Z Flip pada tahun lepas dan ianya mendapat reaksi positif secara menyeluruh disebabkan keunikan telefon pintar tersebut.

Sumber menyatakan paten ini adalah berlainan dari paten yang telah Samsung failkan pada bulan Februari lepas yang mungkin digunakan untuk pembesar suara pintar Samsung akan datang.

Paten kali ini menunjukkan bahawa skrin gulung ini adalah panel skrin sentuh yang mungkin digunakan pada telefon pintar atau tablet Samsung pada masa hadapan.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna Samsung sudah mempunyai pelan untuk melancarkan peranti dengan skrin gulung dalam masa terdekat.

Bagaimana dengan paten terbaru Samsung ini? Anda rasa dunia sudah sedia untuk telefon pintar dengan skrin gulung? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version