Site icon TechNave BM

Samsung ingin lancarkan telefon skrin gulung, boleh diperluas menjadi tablet 8 inci

Baru-baru ini, OPPO telah memperkenalkan konsep peranti baharu mereka iaitu OPPO X 2021 dengan mekanisme skrin gulung yang boleh diperluas. Dengan mekanisme skrin gulung yang sama, Samsung dilapor ingin menghasilkan telefon dengan panel paparan yang boleh diperluas dari skrin 6 inci biasa, kepada skrin 8 inci seperti tablet.

Terdahulu, sumber telah menemui paten telefon Samsung dengan skrin fleksibel yang boleh diperluas secara lebar. Kemudian, Samsung dilihat mempatenkan peranti Samsung yang boleh dipanjangkan skrinnya, disusuli dengan paten skrin yang boleh ditarik ke kiri atau ke kanan.

Dalam masa yang sama, terdapat laporan yang menyatakan bahawa Samsung merancang untuk mengeluarkan panel skrin yang fleksibel; dari telefon pintar biasa 6 inci kepada tablet 8 inci. Oleh itu, sumber telah mencipta konsep rekaan ini untuk membantu peminat membayangkan sekiranya Samsung benar-benar akan mengeluarkan telefon dengan mekanisme skrin gulung.

Sumber: Concept Creator

Memandangkan Samsung juga dilapor akan melengkapkan beberapa peranti dengan S Pen, sumber turut melengkapkan konsep rekaan ini dengan S Pen. Walaupun video ini hanyalah sekadar rekaan semata-mata, tetapi ia diinspirasikan dari paten Samsung yang sebenar dan Samsung pernah dilapor merancang untuk mengeluarkan telefon sebegini pada tahun 2021.

Apakah pendapat anda mengenai inovasi peranti dengan skrin sebegini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Semak berita lepas mengenai Samsung disini!

Sumber: Letsgodigital

Exit mobile version