Site icon TechNave BM

Samsung ingin lawan mata manusia dengan membina sensor kamera 250MP

Masihkah anda ingat pada khabar angin yang menyatakan bahawa Samsung ketika itu berada dalam proses untuk membina teknologi sensor kamera 150MP yang akan dilengkapkan ke dalam telefon-telefon flagship? Terkini, Samsung dilaporkan sedang membina sensor yang lebih tinggi iaitu 250MP.

Dilaporkan, produksi sensor kamera 150MP kini telah siap sedia untuk digunakan. Persoalannya, adakah sensor ISOCELL 250MP bakal meningkatkan lagi saiz bonjolan kamera? Menurut sumber, bonjolan kamera mungkin akan lebih besar kerana sensor tersebut bakal membesar dalam lebih kurang seinci berbanding sensor Samsung yang terkini. Kami menjangkakan perlumbaan sensor kamera dalam industri telefon pintar ini mungkin sudah bermula memandangkan Samsung sedang membina sensor 250MP ini.

Samsung yang menempah nama dalam industri telefon pintar terkenal telah memulakan langkah memuatkan sensor kamera besar dalam siri Samsung Galaxy S20 tahun ini. Telefon pintar Samsung akan datang, siri Samsung Galaxy Note 20 dilaporkan bakal hadir dengan sensor kamera sekurang-kurangnya 100MP. Mungkinkah ini telefon pintar yang bakal dilengkapi sensor 150MP?

Luahkan jangkaan dan komen anda pada laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version