Site icon TechNave BM

Samsung kitar semula peranti Galaxy lama kepada alat perubatan untuk golongan susah

Samsung Electronics kini mengitar semula telefon pintar Galaxy yang lama kepada peralatan perubatan untuk kegunaan golongan susah di India, Maghribi, Vietnam dan Papua New Guinea. Telefon-telefon lama itu akan direka semula untuk menjadi kelengkapan penjagaan mata bagi para pesakit yang mempunyai masalah penglihatan.

Ini adalah inisiatif kitar semula terbaru daripada syarikat Korea Selatan itu sejak memperkenalkannya pada 2017 dengan kamera yang boleh digunakan untuk mengimbas organ dalaman. Peranti Galaxy itu akan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang terdapat pada kameranya untuk mengimbas kewujudan penyakit mata.

Kamera EYELIKE yang dibuat dengan kamera daripada telefon Galaxy lama

Di Vietnam pula, Samsung menggunakan kamera daripada telefon lama untuk menghasilkan kamera retina mudah alih. Mereka juga merancang untuk menghasilkan colposcope mudah alih yang boleh digunakan bersama telefon pintar untuk memeriksa kewujudan kanser serviks.

Selain membantu golongan susah dengan bantuan perubatan, Samsung juga mengharapkan inisiatif ini boleh mengurangkan sisa elektronik daripada mencemari lagi tempat pembuangan sampah.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung

Exit mobile version