Site icon TechNave BM

Samsung lancarkan 65W Trio Adapter, boleh cas 3 peranti serentak berharga ~RM255

Samsung telah melancarkan sebuah pengecas khas yang mempunyai tiga port untuk mengecas tiga peranti pada masa yang sama, bernama Samsung 65W Trio Adapter.

Pengecas ini mempunyai kadar output tenaga 65W dan menyokong teknologi USB Power Delivery (PD) yang bermaksud ia boleh digunakan bersama peranti berkuasa tinggi seperti komputer riba. Tiga port pada pengecas ini terdiri daripada dua port USB-C dan satu port USB-A.

Perlu diingati bahawa jika ketiga-tiga port digunakan pada masa yang sama, kadar 65W itu akan dibahagikan kepada 35W+25W+5W. Jika ia digunakan secara berasingan, satu port boleh memberikan tenaga pengecasan maksimum sebanyak 65W, 25W atau 15W.

Setakat ini Samsung 65W Trio Adapter hanya ditawarkan dalam pasaran Amerika Syarikat pada harga USD59.99 (~RM255) dan setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan pengecas unik ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version