Site icon TechNave BM

Samsung lancarkan ‘earphone’ wayarles Galaxy Buds Live dan jam tangan Galaxy Watch3, bermula RM699

Samsung telah melancarkan dua peranti boleh pakai sewaktu acara Galaxy Unpacked baru-baru ini, iaitu jam tangan pintar Galaxy Watch3 dan earphone wayarles Galaxy Buds Live.

Galaxy Watch3 menampilkan rekaan jam eksklusif dan turut mempunyai roda luaran (bezel) yang boleh diputar untuk kawalan mudah. Selain itu, ia juga dilengkapi pelbagai fungsi yang didedikasikan untuk kesihatan pemakai termasuk sensor tekanan darah, tahap oksigen, electrocardiogram, Running Analysis dan Samsung Health yang menyediakan lebih 120 rutin senaman yang boleh dibuat dalam rumah.

Sementara itu, Galaxy Buds Live pula adalah sepasang earphone wayarles berbentuk kacang yang dilengkapi fungsi Active Noise Cancellation untuk memberi pengalaman mendengar muzik yang lebih imersif. Ia juga dilengkapi dengan tiga mikrofon dan Voice Pickup Unit untuk memudahkan pengguna membuat panggilan tanpa perlu menanggalkan Buds Live.

Galaxy Buds Live akan dijual di Malaysia pada harga RM699 manakala Galaxy Watch3 pula berharga RM1,799. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan dua produk boleh pakai ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version