Site icon TechNave BM

Samsung lancarkan Galaxy Buds 2 edisi Pokemon, sarung istimewa dan pelekat terhad berharga ~RM463

Pada bulan lepas, Samsung mengeluarkan Galaxy Z Flip3 edisi Pokemon yang habis dijual dalam beberapa minit sahaja di Korea Selatan. Kini, Samsung mengeluarkan Edisi Pokemon bagi produk Samsung yang lain iaitu Samsung Galaxy Buds 2.

Galaxy Buds 2 edisi Pokemon akan hadir dengan sarung pembawa Poke Ball yang dilengkapi dengan gelung tali. Pembeli boleh memilih antara mana-mana 5 warna dalam oniks, zaitun, putih, lavender dan grafit. Sarung Poke Ball juga boleh memuatkan Galaxy Buds Pro atau Galaxy Buds Live.

Terdapat 11 pelekat secara terhad iaitu Pikachu, Bulbasaur, Charmander, Squirtle, Jigglypuff, Ditto, Dragonite, Lapras, Eevee, Gengar dan Mew. Edisi khas hanya disenaraikan di laman web Samsung Korea dan masih belum tersedia untuk pra-pesanan atau pembelian. 

Ia akan membawa harga 134,000 Won (~RM463). Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena 

Exit mobile version