Site icon TechNave BM

Samsung lancarkan Galaxy S20 Tactical Edition untuk kegunaan askar

Samsung telah melancarkan edisi khas untuk telefon pintar flagship Galaxy S20, iaitu Galaxy S20 Tactical Edition yang terdapat dalam varian S20, S20+ dan S20 Ultra. Telefon tersebut telah direka bagi keperluan ketenteraan namun tidak banyak bezanya dengan S20 yang biasa.

Telefon tersebut dilengkapi dengan casing Juggernaut yang tahan impak serta beberapa perubahan dalam perisiannya, seperti mod penglihatan malam (night vision mode) yang memadamkan skrin agar pengguna tidak kesilauan apabila memakai goggle penglihatan malam.

Terdapat juga mod menyelinap (stealth mode) yang mematikan setiap pemancaran LTE dan frekuensi radio agar pengguna boleh mengasingkan S20 mereka daripada grid komunikasi. Selain itu, pengguna juga boleh mengendali skrin telefon ini sambil menggunakan sarung tangan.

Daripada segi keselamatan, Samsung mengatakan ia dilengkapi sistem keselamatan Knox dan teknologi penyulitan (encryption) DualDAR. Walau bagaimanapun, tidak jelas jika Knox versi Tactical Edition ini adalah berlainan dengan dalam versi komersial.

Walau bagaimanapun ia tidak boleh dibeli oleh orang ramai. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version