Samsung baru-baru ini telah memperkenalkan varian 1TB bagi kad microSD Pro Plus dan Evo Plus yang hadir dengan teknologi V-NAND (V8) generasi kelapan. Daripada segi prestasi, kad microSD Pro Plus menawarkan kelajuan membaca sehingga 180MB/s dan kelajuan menulis sehingga 130MB/s.
Ia juga menyokong Kelas Kelajuan UHS 3 dan Kelas Kelajuan Video 30 yang penting untuk penciptaan kandungan berkualiti tinggi terutamanya untuk rakaman video 4K UHD. Selain itu, kad Pro Plus menampilkan Prestasi Aplikasi A2 untuk meningkatkan kecekapan.
Evo Plus pula walaupun kurang berkuasa sedikit, masih memberikan prestasi yang kukuh dengan kelajuan bacaan sehingga 160MB/s. Ia juga menyokong kelas kelajuan video Gred Kelajuan U3 dan V30 serta dilengkapi dengan Prestasi Aplikasi A2. Kad microSD Pro Plus dan Evo Plus baharu datang dalam pelbagai kapasiti daripada 128GB kepada 1TB.
Kedua-duanya direka untuk ketahanan dengan keupayaan untuk kalis air, suhu tinggi, sinar-X, medan magnet dan tahan lama. Ia kini tersedia untuk pembelian di laman rasmi Samsung dan peruncit global terpilih serta disertakan dengan waranti selama 10 tahun.
Harga kad microSD Pro Plus bermula pada $24.99 (~RM114) untuk model 128GB dan sehingga $153.99 (~RM703) untuk model 1TB. Kad microSD Evo Plus bermula pada $12.99 (~RM59) untuk model 64GB manakala varian 1TB berharga $131.99 (~RM603).
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

