Site icon TechNave BM

Samsung lancarkan One UI 6, tampilkan rekaan baru untuk Quick Panel, fungsi kamera AI dan banyak lagi

Dalam acara Samsung Developer Conference 2023 yang berlangsung baru-baru ini, Samsung telah melancarkan sistem antara muka (UI) terbaharu untuk telefon pintar Galaxy iaitu One UI 6.0. Versi beta untuk UI tersebut telah pun diberikan kepada para penguji awal sejak beberapa bulan lalu dan kini ia sudah dilancarkan secara rasmi. Ia dijangka akan ditawarkan kepada siri telefon pintar Galaxy S23 dalam masa terdekat, kemudian kepada lain-lain peranti Galaxy.

Dengan cogan kata “Enabling your Galaxy, your way,” antara fungsi baharu yang diperkenalkan termasuklah ruang Quick Panel yang direka semula, muka taip (font) baharu bernama One UI Sans dan beberapa fungsi baharu berdasarkan kecerdasan buatan (AI) untuk kameranya.

Quick Panel adalah menu yang dibuka apabila anda menatal (swipe) skrin daripada atas. Untuk One UI 6, butang Wi-Fi dan Bluetooth akan mempunyai ruang khas di bahagian atas, manakala fungsi visual seperti Dark Mode dan Eye Comfort Shield akan diletakkan di bahagian bawah.

Aplikasi Gallery dalam One UI 6.0 akan menggunakan AI dengan mengimbas gambar yang diambil, kemudian ia akan memberi cadangan kepada pengguna untuk menyunting gambar dengan fungsi seperti Photo Remaster atau Object Eraser.

Fungsi kamera yang baharu termasuklah lebih banyak pilihan untuk tera air (watermark), akses pantas kepada tetapan resolusi, efek dan penapis (filter) yang mudah untuk diguna dan banyak lagi.

Samsung turut memperkenalkan Samsung Studio yang membenarkan pengguna untuk menyunting video dengan beberapa lapisan serentak (multi-layered video editing), sesuatu yang sebelum ini hanya boleh dilakukan dalam aplikasi pihak ketiga. Pengguna boleh memasukkan hiasan seperti teks, pelekat dan muzik untuk menghasilkan sebuah video yang menarik.

Berikut adalah antara beberapa ciri baharu dalam One UI 6:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan UI baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung

Exit mobile version