Site icon TechNave BM

Samsung lancarkan One UI Watch: Sistem operasi baru untuk jam tangan Galaxy Watch

Dalam acara Mobile World Congress (MWC) Barcelona pada hari ini, Samsung telah melancarkan sistem operasi baru untuk jam tangan pintar iaitu One UI Watch yang akan dilengkapkan dalam Galaxy Watch baru selepas ini.

Samsung mengatakan Galaxy Watch pertama yang akan dilengkapi sistem operasi tersebut bakal dilancar dalam sebuah acara Unpacked pada hujung musim panas Amerika Syarikat. Sistem operasi ini menyeragamkan gabungan telefon dengan jam tangan pintar, di mana aplikasi khas untuk jam tangan boleh dimuat turun menggunakan telefon dan akan terus dipasangkan dalam jam tangan.

Jam tangan juga akan dilaraskan secara automatik jika jam dalam telefon telah diubah oleh pengguna sewaktu mereka melawat negara dengan zon waktu berlainan. Di samping itu, mesej dan panggilan yang dihalang dalam telefon akan turut dihalang dalam jam tangan.

Sistem operasi ini juga akan menghubungkan jam tangan secara terus kepada Google Play agar ia boleh dipasang dengan pelbagai aplikasi pihak ketiga seperti Adidas Running, Strava, Swim.com, Spotify, YouTUbe Music dan banyak lagi.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki jam dengan One UI Watch dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung

Exit mobile version