Site icon TechNave BM

Samsung lancarkan RAM DDR5 dengan kapasiti 512GB dan kadar pemindahan fail lebih 6,400Mbps

Samsung telah memperkenalkan penyelesaian RAM DDR5 terbaharu Samsung di mana teknologi ini membolehkan pengguna memiliki memori DDR5 512GB dalam satu batang RAM. Samsung merancang untuk membangunkan RAM DDR5 seperti yang disiarkan dalam video YouTube iaitu teknologi modul Samsung DDR5-7200.

Modul RAM DDR5 512GB Samsung menggunakan memori susun lapisan (layer stacking memory packing) seperti yang digunakan dalam modul memori DDR4 terbaharunya. Anda boleh melihat perbezaan antara cip memori DDR4 empat lapisan Samsung dengan cip DDR5 lapan lapisan di mana kedua-duanya disambungkan melalui teknologi Through Silicon Via oleh Samsung.

Pengisaran lapisan silikon Samsung telah menjadikan bahan penyusun acuan 40 peratus lebih nipis dan mengurangkan jarak lapisan jarak lapisan daripada 1.2mm kepada 1.0mm. Seterusnya, Samsung mengeluarkan satu batang RAM 512GB dengan lapan DRAM untuk disambungkan bersama.

Samsung juga mengatakan teknologi DDR5 adalah dua kali lebih pantas sehingga melebihi 6400Mbps berbanding generasi sebelumnya. Peningkatan prestasi tidak menjejaskan kuasa kerana teknologi DDR5 Samsung yang lebih cekap sebanyak 30 peratus memerlukan voltan yang rendah untuk menjalankan RAM DDR5.

Samsung telah menyebut bahawa ia akan membekalkan RAM DDR5 kepada pusat data, pengeluar telefon pintar dan pengeluar komputer riba yang sama. Namun, kami tidak pasti sama ada batang RAM DDR5 512GB akan tiba ke tangan pengguna.

Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version