Site icon TechNave BM

Samsung lancarkan S20 edisi Iron Man di China, dijual pada harga bermula ~RM4.4k

Terbaru, Samsung telah melancarkan sebuah edisi khas untuk siri telefon flagship-nya, Samsung Galaxy S20 5G, untuk pasaran China iaitu Iron Man Edition. Edisi ini boleh didapati untuk telefon Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra.

Ia akan dijual dalam kotak bewarna merah yang dihiasi ukiran Tony Stark serta Stark Industries di sekelilingnya. Di dalam pakej istimewa itu, terdapat sebuah casing bewarna hitam dan merah dengan tandatangan Tony Stark, sepasang earbuds khas, serta sebentuk cincin yang merupai Arc Reactor pada sut besi Iron Man. Manakala telefon S20 yang terdapat dalamnya pula dilengkapi tema Iron Man seperti latar belakang (wallpaper) dan nada dering khas.

Galaxy S20 5G Iron Man Edition akan dijual pada harga CN¥6,999 (~RM4,334) untuk varian RAM 12GB dan storan 128GB, manakala untuk S20+ 5G pula dijual pada harga CN¥7,999 (~RM4,954) untuk varian memori yang sama. Untuk S20 Ultra, ia hadir dengan warna hitam dan kelabu serta dijual dalam varian memori RAM 12GB + 256GB (CN¥9,999 / RM6,192) dan RAM 16GB + 512GB (CN¥12,999 / RM8,050).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk melihat produk istimewa ini dijual dalam pasaran Malaysia dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version