Site icon TechNave BM

Samsung lancarkan siri The Wall, paparan LED mikro sokong resolusi 8K untuk skrin 220″

Baru-baru ini, Samsung Electronics baru sahaja melancarkan dua siri baharu The Wall iaitu paparan LED Mikro termaju Samsung di rantau Asia Tenggara dan Oceania (SEAO). Ia dilancarkan pada Sidang Kemuncak Teknologi Paparan Samsung 2022 yang julung kali diadakan di Bangkok, Thailand.

Dilancarkan di rantau SEAO, The Wall All-in-One juga dikenali sebagai Siri IAB yang membawa kemudahan pemasangan LED Mikro termaju. Siri IAB memerlukan hanya dua jam untuk dua orang memasang kerana ia dilengkapi dengan panduan pra-laras dan kit bingkai pra-pasang termasuk kotak hiburan S. Wall All-in-One mempunyai kenipisan paparan hanya 49mm dan boleh didapati dalam tiga model iaitu 4K 146 inci, 2K 146 inci dan 2K 110 inci.

Turut diumumkan pada Sidang Kemuncak ialah Siri The Wall IWB yang boleh didapati dalam pilihan 0.63 dan 0.94 piksel. Pada 0.63 piksel, model ini adalah paling tipis pernah ada dalam barisan The Wall memberikan gambar paling terperinci Samsung dan pengembangan julat dinamik dengan kadar bingkai 120Hz skrin, HDR10/10+ dan HDR LED. Siri Wall IWB juga menyediakan pelbagai saiz skrin, sokong 4K untuk 110 inci dan kualiti sehingga 8K untuk 220 inci.

Semua model dalam barisan The Wall mempunyai ciri:

Back at school the teacher teaches the students in class. Education in the senior high school.

Selain itu, terdapat juga model 2022 baharu The Wall iaitu:

Untuk maklumat lanjut tentang paparan Samsung, anda boleh lawati laman rasmi Samsung Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version