Site icon TechNave BM

Samsung Malaysia akan perkenalkan lebih banyak fungsi baru untuk Galaxy Z Fold dan Flip

Baru-baru ini, Samsung Malaysia Electronics telah mengumumkan kerjasama dengan banyak organisasi dan universiti tempatan untuk mencipta pengalaman baharu dalam peranti lipat Samsung Galaxy Z Fold dan Samsung Galaxy Z Flip.

Syarikat itu mengumumkan kerjasama dengan AmBank, Family Mart, Maxis, Pay4U dan ZUS Coffee bagi menawarkan penggunaan khas untuk skrin lipat dalam aplikasi masing-masing. Dalam sebuah sesi dengan media baru-baru ini, mereka menunjukkan bagaimana sebuah aplikasi boleh memanfaatkan saiz skrin yang lebih besar dan skrin lipatan separuh pada peranti lipat.

Pada masa hadapan, Samsung Malaysia akan bekerjasama dengan Gigi Coffee, Golden Screen Cinemas, TGV Cinemas dan Zapp.

Untuk kerjasama akademik pula, Samsung Malaysia akan menganjurkan sebuah hackathon di mana para pelajar boleh mengetengahkan idea untuk aplikasi yang boleh memanfaatkan skrin lipat. Ini adalah selari dengan misi ESG (environment, social and corporate governance) Samsung dalam memupuk bakat orang muda untuk menyumbangkan tenaga dalam ruang teknologi.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version