Site icon TechNave BM

Samsung Malaysia anjur pertandingan melukis, pemenang akan menangi Galaxy Note20 Ultra 5G

Samsung Malaysia hari ini menganjurkan pertandingan #PowerofKreatif, di mana peserta yang berminat boleh menghantar lakaran terbaik mereka untuk peluang memenangi hadiah utama Galaxy Note20 Ultra 5G dan pelbagai hadiah menarik seperti fon telinga wayarles Galaxy Buds Live dan pensteril ultra-ungu dengan pengecas wayarles.

Pertandingan ini akan bermula pada hari ini sehingga 1 November 2020. Peserta boleh melukis dengan S Pen, pensel atau sebarang alat lakaran. Dua tema akan diberikan iaitu MalaysiaKu dan Nature And The City, di mana setiap tema akan berlangsung selama dua minggu.

Peserta hanya boleh melukis dalam telefon pintar Galaxy Note atau kertas. 20 karya terbaik akan dipertontonkan dalam laman web Samsung Malaysia, di mana ribuan orang awam boleh melihatnya. Pemenang hadiah utama, kedua dan ketiga perlu melengkapkan lukisan untuk kedua-dua tema.

Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang penyertaan dalam pertandingan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menyertainya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version