Site icon TechNave BM

Samsung Malaysia anjurkan jualan Black Friday, diskaun sehingga 50% untuk produk terpilih

Bermula 27 hingga 30 November, Samsung Malaysia akan menganjurkan jualan promosi Black Friday di mana pelbagai produk Samsung akan dijual pada harga istimewa dengan potongan sehingga 50%. Di samping itu, beberapa produk yang dibeli pada harga asal akan disertakan bersama hadiah menarik seperti tablet dan televisyen.

Berikut adalah senarai produk yang dijual dengan potongan harga terbanyak:

ProdukHarga asalHarga promosi
Galaxy Tab S6RM3,099RM2,399
Galaxy Buds+RM599RM419
Galaxy Watch Active2 (40mm)RM999RM749
28″ UHD Monitor UE590 with AMD FreeSyncRM1,792RM999
Galaxy Tab S6 Book Cover KeyboardRM699RM350
Galaxy A10sRM499RM424

Di samping itu, mana-mana produk yang dibeli dalam kategori Mobile & Wearable yang dibeli dari Samsung Malaysia e-Store akan diberikan hadiah Galaxy Tab A7 bernilai RM999 secara percuma. Untuk produk kategori TV/AV pula, pelanggan akan mendapat TV Samsung 34 inci bernilai RM829 secara percuma.

Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang promosi ini. Adakah anda akan membeli produk Samsung sepanjang tempoh Black Friday ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version