Site icon TechNave BM

Samsung Malaysia anjurkan jualan Super Brand Day di Shopee bermula hari ini, diskaun sehingga 45%

Samsung Malaysia telah bekerjasama dengan platform e-dagang Shopee untuk anjurkan promosi Samsung Super Brand Day pada 21 dan 22 Julai. Bertemakan “Deals That Dazzle”, pelanggan boleh jangkakan diskaun menarik untuk pelbagai jenis produk Samsung termasuklah telefon pintar, tablet, peranti boleh pakai, televisyen dan kelengkapan rumah.

Pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 45% dan dapatkan baucar bernilai RM300 sepanjang promosi ini. Mereka juga boleh membeli Samsung Galaxy M12 pada harga RM499 (harga asal RM799), diskaun 40% untuk monitor Odyssey G5 32 inci, dan potongan harga sebanyak RM270 untuk 4K Smart TV 50 inci.

Shopee juga akan menganjurkan siaran langsung Shopee Live pada waktu terpilih dalam dua hari tersebut, di mana penonton berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM8,000. Siaran akan berlangsung pada jam 3:00 petang untuk 21 Julai dan jam 9:30 malam untuk 22 Julai.

Layari laman web Shopee untuk maklumat lanjut tentang promosi ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version