Site icon TechNave BM

Samsung Malaysia anjurkan kempen Malaysia Di Hatiku, peluang untuk menangi Samsung Galaxy A32

Pada hari ini, Samsung Malaysia telah melancarkan kempen Malaysia Di Hatiku, sebuah kempen muzik yang dihasilkan dengan kerjasama Universal Music Malaysia bagi menyeru rakyat Malaysia untuk bersatu-padu dalam waktu yang mencabar ini.

Dalam kempen ini, Samsung telah melancarkan lagu Malaysia Di Hatiku yang dinyanyikan oleh para artis tempatan seperti Yonny Boii, Tabby Dolla, Kmy Kmo dan Luca Sikta. Lagu tersebut boleh dimainkan dalam perkhidmatan media sosial TikTok dan YouTube.

Samsung turut mengadakan pertandingan #MalaysiaDiHatiku dalam TikTok, di mana peserta perlu merakam diri mereka berduet dengan artis Yonnyboii atau Tabby atau berbalas rap dengan Kmy Kmo dan Luca Sickta. Setelah selesai, peserta boleh memuat naik video tersebut ke dalam TikTok dengan perkataan #MalaysiaDiHatiku.

Tiga video paling kreatif akan memenangi satu unit telefon pintar Samsung Galaxy A32 dan nama para pemenang akan diumumkan pada Hari Malaysia iaitu 16 September 2021.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan menyertai kempen ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version