Site icon TechNave BM

Samsung Malaysia anjurkan promosi Galaxy Week, diskaun untuk pelbagai peranti sehingga 75%

Jika anda tidak sempat membeli produk Samsung dengan harga murah pada 9 September lalu, usah risau kerana Samsung Malaysia sedang menganjurkan promosi Galaxy Week yang berlangsung bermula hari ini sehingga 24 Oktober 2021.

Antara produk menarik yang ditawarkan pada harga diskaun adalah Samsung Galaxy S21 yang dijual pada harga RM2,999, jauh lebih rendah berbanding harga asalnya iaitu RM3,499. Semua varian Galaxy S21 ditawarkan pada harga diskaun, di samping beberapa peranti Samsung lain.

Berikut adalah senarai penuh untuk promosi Galaxy Week:

ProdukKadar diskaunHarga promosiHarga asal
Galaxy S21 5G (128GB)14% RM2,999RM3,499
Galaxy S21 5G (256GB)14% RM3,199RM3,699
Galaxy S21+ (128GB)13% RM3,499RM3,999
Galaxy S21 5G (256GB)12% RM3,799RM4,299
Galaxy S21 Ultra (128GB)10% RM4,499RM4,999
Galaxy S21 Ultra (256GB)9% RM4,799RM5,299
Galaxy S21 Ultra (512GB)8% RM5,399RM5,899
Buds Cases75% 1 untuk RM40
2 untuk RM50
1 untuk RM99
2 untuk RM198
Bluetooth Tripod Selfie Stick50% RM 69RM139
15W Wireless Battery Pack 10,000mAh50% RM 139RM279

Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version