Site icon TechNave BM

Samsung Malaysia anjurkan promosi Krismas, boleh ubah suai peranti Galaxy untuk dijadikan hadiah

Sempena sambutan Hari Krismas yang akan tiba tidak lama lagi, Samsung Malaysia kini menganjurkan promosi #YouMake Christmas bagi memudahkan para pelanggan untuk beli hadiah Krismas buat orang yang tersayang.

Peranti-peranti Samsung Galaxy yang dibeli sewaktu promosi ini boleh diubahsuai khas untuk menepati personaliti penerima. Selain itu, pembelian untuk beberapa telefon pintar terpilih pula akan disertakan bersama pelbagai hadiah percuma seperti jam tangan pintar atau fon telinga wayarles.

Setiap pelanggan Samsung yang membeli produk sewaktu promosi ini akan menerima Christmas DIY Kit yang mengandungi beg, kad dan pelekat bertemakan Krismas.

Jika anda lebih berminat untuk dapatkan pakej ekosistem Samsung, anda boleh beli pek Star Wars Eco Pack yang mengandungi Galaxy Z Flip4, Galaxy Watch4, Galaxy Buds2 Pro dan pelbagai aksesori tambahan. Pek ini dijual pada harga RM4,999 iaitu lebih murah sebanyak RM1,505 berbanding jika ia dibeli secara berasingan.

Di samping itu, pemilik Galaxy Z Flip4 boleh menghadirkan diri ke kedai Samsung Experience Store di Pavilion Kuala Lumpur atau The Gardens Mall untuk dapatkan ubah suai yang menarik.

Promosi ini akan berlangsung sehingga 31 Disember 2022. Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version