Site icon TechNave BM

Samsung Malaysia anjurkan promosi Tahun Baru Cina, tawarkan hadiah menarik bernilai RM1,116

Sempena musim perayaan Tahun Baru Cina yang semakin hampir, Samsung Malaysia akan menganjurkan promosi khas di mana setiap pembelian produk terpilih akan disertakan bersama pelbagai hadiah percuma bernilai RM1,116. Promosi ini akan berlangsung di Samsung Online Store dan pengedar sah pada 7 Januari hingga 27 Februari 2022.

Sebagai contoh, pelanggan telefon lipat Samsung Galaxy Z Fold3 5G akan menerima hadiah percuma seperti fon telinga wayarles Galaxy Buds Live (bernilai RM549), stilus S Pen Pro (bernilai RM499) dan e-baucar Angpow RM68.

Telefon pintarHadiah
Galaxy Z Fold3 5GGalaxy Buds Live (bernilai RM549)
S Pen Pro (bernilai RM499)
E-Voucher Angpow bernilai RM68
Galaxy Z Flip3 5GGalaxy Buds Live (bernilai RM549)
E-Voucher Angpow bernilai RM68
Siri Galaxy S21Rebat RM500
E-Voucher Angpow bernilai RM68
Galaxy S21 FEPelan Samsung Care+ setahun (bernilai RM48)
E-Voucher Angpow bernilai RM68

Pelanggan telefon lipat Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z FLip3 5G juga berpeluang memenangi jam tangan Galaxy Watch4 apabila mereka memuat naik gambar sambutan Tahun Baru Cina ke dalam portal Samsung Redemption Management System (RMS).

Buat pelanggan yang membeli siri telefon pintar pertengahan Galaxy A atau Galaxy M pula, mereka akan menerima e-baucar Angpow bernilai RM68, RM38, RM18 atau RM8.

Selain telefon pintar, Samsung turut menawarkan hadiah percuma dan e-baucar untuk pelbagai jenis peranti lain seperti tablet Galaxy Tab, jam tangan Galaxy Watch dan fon telinga wayarles Galaxy Buds.

E-baucar Angpow perlu dituntut daripada RMS di laman web RMS menggunakan Samsung Account anda, dan baucar tersebut akan dihantar melalui emel.

Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang promosi ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version