Site icon TechNave BM

Samsung Malaysia anjurkan promosi tengah tahun, pelbagai diskaun untuk telefon “flagship”

Bermula hari ini sehingga 31 Julai, Samsung Malaysia akan menganjurkan promosi pertengahan tahun Colour Your Life buat pelbagai telefon pintar, termasuklah telefon andalan yang dilancarkan pada tahun ini. Berikut adalah produk Samsung yang terlibat dalam promosi ini:

Telefon pintarHarga asalHarga promosi
Galaxy S20 FE 5GRM2,999RM2,499
Galaxy S20 FE LTERM2,299RM1,999
Galaxy S21 Ultra 5G (16GB+ 512GB)RM5,899RM5,399
Galaxy S21 Ultra 5G (12GB+ 256GB)RM5,299RM4,799
Galaxy S21+ 5G (8GB+ 256GB)RM4,299RM3,799
Galaxy S21 5G (8GB+ 256GB)RM3,699RM3,199
Galaxy S21 5G (8GB+ 128GB)RM3,499RM2,999
Galaxy A11 (3GB+ 32GB)RM529RM423
Galaxy A32 4G (8GB+ 128GB)RM1,099RM999
Galaxy Note20 Ultra 5G (12GB+ 256GB)RM 5,199RM4,099
Galaxy Note20 5G (12GB+ 256GB)RM 4,299RM3,199

Samsung turut mengadakan diskaun khas buat perkakasan elektronik seperti Galaxy SmartTag+, pensteril ultra-ungu, televisyen The Frame QLED 4K, peti sejuk dan mesin basuh.

Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli telefon pintar Samsung dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version